Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche Brunei terima anugerah kecemerlangan lepas jualan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Porsche Brunei, pengimport dan pengedar rasmi kereta Porsche di Negara Brunei Darussalam, telah menerima anugerah berprestij Cabaran Dunia Selepas Jualan Porsche 2024 keenam berturut-turut pada majlis yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada 5 Jun lalu.

    Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Ketua Bahagian Selepas Jualan Porsche Brunei, Pascal Hummel pada majlis tersebut.

    Cabaran Dunia Selepas Jualan Porsche mengiktiraf prestasi cemerlang dan kepuasan pelanggan dalam operasi selepas jualan pengedar Porsche di seluruh dunia, meraikan mereka yang secara konsisten menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia.

    Pencapaian luar biasa tersebut menekankan komitmen kolektif terhadap kecemerlangan, di mana setiap ahli pasukan menyumbang untuk mencipta pengalaman pelanggan yang luar biasa yang menentukan perjalanan pemilikan Porsche.

    Dalam ucapan, Penolong Pengurus Besar Porsche, Daniel Loo berkata, “Saya amat berbangga dengan dedikasi luar biasa pasukan kami dan standard kecemerlangan yang disampaikan mereka kepada setiap interaksi pelanggan.

    “Pengiktirafan ini membuktikan komitmen tanpa henti pasukan kami untuk menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia dan menunjukkan tumpuan kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan.

    “Jabatan selepas jualan kami benar-benar berfungsi sebagai nadi perniagaan kami, dan pencapaian ini mencerminkan semangat dan profesionalisme yang dibawa oleh pasukan kami ke tempat kerja setiap hari,” tambah beliau.

    Anugerah keenam berturut-turut itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Porsche sebagai peneraju dalam kecemerlangan selepas jualan dan mencerminkan dedikasi pasukan untuk mengekalkan standard perkhidmatan tertinggi yang diharapkan oleh pelanggan Porsche di seluruh dunia.

    Gambar ramai warga Porsche Brunei bersama anugerah berprestij Cabaran Dunia Selepas Jualan Porsche 2024. – GAMBAR SERAHAN PORSCHE BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda