Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche catat keuntungan meski berdepan pandemik

    STUTTGART, 7 OGOS – Selepas separuh pertama tahun 2020 yang mencabar, Porsche AG tetap memperoleh pulangan penjualan sebanyak 9.9 peratus.

    Hasil penjualan 12.42 bilion euro turun 7.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, sementara pulangan penjualan 1.23 bilion euro jatuh 26.3 peratus berbanding 2019.

    Menurut kenyataan diterima daripada Porsche, prestasi yang baik berbanding dengan persaingan adalah berdasarkan pada program yang luas untuk meningkatkan harga jualan modal dan juga produk Porsche baharu yang mencatatkan keuntungan.

    “Situasi semasa telah mencabar syarikat kami. Kami menangani krisis koronavirus secara bertanggungjawab dan sistematik, dan pada masa yang sama melihatnya sebagai satu peluang.

    “Kami telah mendapat do-rongan daripada produk baharu kami yang menarik – daripada 911 Turbo hingga ke kereta sport elektrik Taycan, yang baru-baru ini terpilih sebagai kereta paling inovatif di dunia,” kata Ketua Lembaga Eksekutif di Porsche AG, Oliver Blume.

    Cayenne adalah model yang paling popular dengan jumlah penghantaran sebanyak 39,245 unit. – Gambar serahan Porsche

    “Kami mempertahankan visi dan menetapkan standard baharu. Semangat perintis inilah yang mendorong kami,” tambah Blume.

    “Kami akan melabur 15 bilion euro dalam tempoh lima tahun akan datang dalam teknologi baharu sahaja.”

    “Apabila ia bersangkut paut dengan kenderaan elektrik dan digitalisasi, kami masih berada di landasan yang tepat,” tegas Lutz Meschke, timbalan pengerusi dan anggota lembaga eksekutif yang bertanggungjawab untuk kewangan dan IT di Porsche AG.

    “Pada masa yang sama, kami terus mengejar sasaran strategik untuk pengembalian penjualan sehingga kami dapat melindungi pekerjaan di Porsche dalam jangka panjang.

    “Usaha bersama yang luar biasa diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan,” kata Meschke. Penghantaran dalam enam bulan pertama tahun 2020 turun secara global sebanyak 12.4 peratus kepada 116,964 unit. Walaupun pusat Porsche ditutup selama beberapa minggu, tetapi 4,480 unit Taycan baharu telah dihantar. Porsche 911 juga mencapai pertumbuhan 2.2 peratus, dengan 16,919 unit penghantaran.

    Cayenne adalah model pa-ling popular dengan sejumlah 39,245 unit penghantaran, sementara 34,430 unit Macan telah dihantar kepada pelanggan. China kekal sebagai pasaran tunggal terbesar mengikut jumlah pengeluaran kereta sport pada separuh pertama 2020 dengan 39,603 unit penghantaran. Sebanyak 32,312 lagi unit dibekalkan kepada pelanggan Eropah. Di AS, Porsche membuat penghantaran sebanyak 24,186 unit antara Januari dan Jun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda