SUV damit Porsche, Macan 2017 lebih murah, lebih cekap bahan api tetapi didatangkan dengan peralatan yang lebih standard termasuk kamera pandang belakang.
Model asas baru yang hanya dikenali sebagai Macan 2017 ini didatangkan bersama enjin empat silinder Macan yang pertama dengan harga runcit termasuk caj destinasi bermula dari AS$48,850. Harga itu adalah AS$4,745 kurang daripada harga runcit permulaan Macan 2016 dengan V-6.
Model asas Macan baru ini kurang berkuasa berbanding model asas tahun lepas dan empat lagi model Macan 2017 yang lain dengan enjin enam silinder. Tetapi enjin 2 liter empat silinder turbocharged, 252 kuasa kuda dan 273 kaki pound tork itu sudah cukup memberikan pengalaman persiaran yang cukup laju dalam gaya biasa Porsche.
Malah, jika kenderaan ujian ini adalah petunjuk kepada sesuatu, pemandu perlu benar-benar melihat speedometer kerana Macan baru ini dengan mudah mencecah 85 batu sejam di lebuh raya tanpa disedari.
Watak campuran istimewa Porsche ini dengan sebahagiannya adalah SUV dan kereta sukan masih lagi utuh. Macan baru lebih 15 kaki panjang ini juga terasa lebih tinggi tetapi masih mantap, tangkas dan responsif di atas jalan.
Enjin yang lebih kecil bermakna lebih ringan berbanding enjin 3 liter dan 3.6 liter enam silinder, jadi model asas Macan 2017 tanpa isu berat dengan hanya 3,902 pound atau 210 pound lebih ringan berbanding Macan V-6.
Enjin ringan empat silinder dan cekap bahan api menghasilkan penilaian ekonomi bahan api yang lebih baik dan lebih rendah berbanding perkadaran kerajaan AS: 20 batu segelen di bandar dan 25 batu segelen di lebuh raya. Macan sebelumnya memberikan perkadaran antara 17 hingga 23 batu segelen.


Tangki minyak yang agak besar dengan isipadu 19.8 gelen dan Macan enjin empat silinder menggunakan bahan api premium. Tetapi buat kali pertama, jangkauan perjalanan Macan dengan isian penuh tangki mencecah 400 batu. Walaupun Macan yang diuji pandu dengan cara yang sporty purata 20.7 batu segelen boleh pergi lebih daripada 400 batu tanpa isian semula.
Majalah Consumer Reports meramalkan kebolehpercaya-an Macan pada kadar biasa dan Porsche bersaing dengan Lexus dalam kajian J.D. Power and Associates’ 2017 Vehicle Dependability yang dikeluarkan bulan lalu.
Macan lima tempat duduk untuk model tahun 2015 dengan pacuan semua roda aktif standard adalah model paling laris di Porsche. Dalam kalendar 2016, Macan AS mencatat jualan 19,332 unit mengatasi mana-mana model Porsche. Sehingga Februari, jualan AS bertambah sehingga 42 peratus dari dua bulan pertama 2016.
Bagi mereka yang mementingkan kebanggaan dan kesedaran lencana, pembeli kereta mewah boleh menikmati semua jenis perangkap kemewahan dengan tawarannya juga boleh tahan.
Sebagai contoh, Macan model asas dengan cat khas Carmine Red bernilai AS$3,120, AS$5,400 untuk roda, kulit Red Garnet untuk bahagian dalaman dan sistem bunyi pekeliling premium Burmester ditawarkan dengan harga lebih daripada AS$69,000.
Selepas hanya sedikit ‘turbo lag’, kuasa dalam SUV ujian datang dengan lancar dan tegas melalui transmisi automatik PDK tujuh kelajuan selepas enjinnya merenggus dengan kuat. Breknya cukup berkuasa dan sterengnya pula bertindak pantas walaupun sedikit input dari pemandu.
Kumpulan 19 butang berkelompok yang amat menakjubkan di sekitar tombol gear Macan 2017 dalam konsol tengah menjadi satu paparan yang cukup hebat tetapi mudah difahami.
Naik taraf hanya AS$260 untuk dalaman standard dengan kerusi Alcantara kuning air menjadi satu tawaran dalaman yang cukup mewah.
Bagaimanapun, para pengkritik telah membuat aduan tentang ruang kargonya yang hanya 53 kaki padu adalah kecil tetapi ujian Macan mampu memuatkan tiga buah kerusi meja dan tujuh kotak bekalan. – AP