Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche rekod permintaan tinggi 9 bulan pertama 2020

    Oleh Syahmi Hassan

    STUTTGART, 20 OKT – Pada tiga suku pertama 2020, Porsche menghantar 191,547 kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, ia mencatatkan penurunan 5 peratus.

    Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen berkata, “Porsche menunjukkan ketahanan dalam menghadapi krisis koronavirus. Berkat portfolio produk yang baharu dan diperbaharui, kami dapat mengekalkan penurunan penghantaran ke tahap yang sederhana.

    “Pasaran China telah pulih dengan cepat setelah sekatan dan permintaan di pasaran lain juga menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sekali lagi – semuanya telah menyumbang bagi mencapai hasil ini,” tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, China terus menjadi pasaran tunggal terbesar bagi Porsche dari segi jumlah, merangkumi 62,823 kenderaan dari Januari hingga September.

    Kecenderungan positif juga dilihat di Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah secara keseluruhan dengan 87,030 penghantaran kenderaan, pengeluar kereta sport tersebut mencapai sedikit peningkatan satu peratus tahun ke tahun.

    Di sebalik krisis yang teruk melanda dunia pada masa ini, Porsche dapat mengekalkan penurunan penghantaran ke tahap yang sederhana. – Gambar serahan Porshce

    Pelanggan di Amerika Syarikat menerima 39,734 kenderaan, manakala di Eropah, Porsche menghantar 55,483 kereta sport antara Januari dan September.

    Dari segi model, Cayenne terus menerajui permintaan dengan 64,299 unit diserahkan kepada pelanggan dalam sembilan bulan pertama.

    Populariti berterusan model Coupé menyumbang kepada peningkatan penghantaran sebanyak 4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Sebagai tambahan, Porsche 911 yang ikonik sangat terkenal dengan penghantaran 25,400 unit, 1 peratus lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

    Macan menyaksikan 55,124 buah penghantaran. Dalam tiga suku tahun pertama, 10,944 pelanggan di seluruh dunia menerima Taycan elektrik sepenuhnya (all-electric).

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda