Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Portal baharu SPA, PSCR 2.0

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan bahawa portal sistem pengambilan baharu dinamakan PSCR 2.0 kini sudah mula dapat diakses.

    Sehubungan itu, para pengguna bolehlah mula mendaftar serta mengaktifkan akaun mereka dan mengemaskinikan profil masing-masing.

    SPA dalam kenyataan yang dikeluarkan SPA, tatacara bagi melengkapkan profil boleh dirujuk pada ruangan ‘Garis Panduan’ portal tersebut atau akaun media sosial rasmi @PSC.BN (Instagram, Facebook dan Telegram) atau dengan menghubungi meja bantu di talian WhatsApp 7371961 semasa waktu bekerja dan juga melalui Talian Darussalam 123.

    Kenyataan turut mengingatkan para pengguna supaya melengkapkan profil masing-masing dalam tempoh seminggu setelah sistem tersebut beroperasi pada hari ini sebelum iklan pertama dikeluarkan melalui PSCR 2.0.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda