Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porter pemain termuda jaring 50 mata

    LOS ANGELES, 30 APRIL – Kevin Porter menjadi pemain NBA termuda yang menjaringkan 50 mata dengan assist ketika Houston Rockets yang berada di kedudukan tercorot mengalami lima kekalahan dengan kemenangan 143-136 ke atas Milwaukee Bucks semalam.

    Pemain berusia 20 tahun itu menamatkan perlawanan dengan menjaringkan 50 mata dan 11 assist untuk mengatasi rekod kariernya sebelum ini dengan 30 mata.

    Beliau menyertai LeBron James, Brandon Jennings dan Devin Booker sebagai satu-satunya pemain yang pernah menjaringkan 50 mata dalam pertandingan NBA sebelum berusia 21 tahun.

    “Selepas saya melepasi jaringan 30 mata saya, saya tahu ia akan menjadi malam yang istimewa,” kata Porter.

    “Itu semua terpulang kepada saya. Saya tetap agresif dan itu adalah malam yang baik.”

    Aksi pemain Houston Rockets, Kevin Porter Jr. ketika melakukan jaringan melepasi pemain Milwaukee Bucks, Jrue Holiday pada suku pertama perlawanan NBA semalam di Houston. – AP

    Khris Middleton menjaringkan 33 mata tertinggi buat pasukan sementara Jrue Holiday menjaringkan 29 mata dan 10 assist untuk Milwaukee, yang kehilangan pemain bintangnya Giannis Antetokounmpo, yang meninggalkan perlawanan setelah terseliuh pergelangan kaki pada suku pertama perlawanan.

    Milwaukee mendahului 73-65 pada babak pertama walaupun kehilangan Antetokounmpo. Tetapi Porter dan Christian Wood mempamerkan persembahan baik di suku ketiga perlawanan yang menyaksikan Rockets melonjak 20-6.

    Di perlawanan yang berasingan, Kevin Durant menjaringkan 42 mata tertinggi dan 10 assist ketika tempat pertama Brooklyn Nets memenangi perlawanan keempat berturut-turut dengan kemenangan 130-113 ke atas Indiana Pacers di Indianapolis.

    Durant menjaringkan 22 mata pada suku ketiga ketika Nets mengakhiri perlawanan dengan 17-7 dan meningkat menjadi 43-20 dengan kemenangan di Bankers Life Fieldhouse.

    “Saya mahu mewujudkan pasukan berganda itu,” kata Durant.

    “Tetapi ketika saya mempunyai peluang menjaringkan gol, saya juga ingin memanfaatkannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda