Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porto de Melaka bakal pukau pelancong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Porto de Melaka yang terletak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO di Melaka dan dikendalikan oleh Tinta Anggun Engineering Sdn Bhd bakal menjadi sebuah tempat kediaman yang eksklusif.

    Pembangunan di kawasan yang berukuran 9.914 ekar bersebelahan dengan Sungai Melaka itu juga dihubungkan dengan pusat-pusat komersial terbesar dan pelbagai tempat tarikan pelancong.

    Dalam lingkungan zon warisan ini, projek ini juga hampir dengan tempat bersejarah seperti Pusat Pentadbiran Gabungan Belanda Timur India, Gereja Stadthuys abad ke-18, muzium rumah yang dipenuhi dengan sebahagian besar barangan peninggalan era Kesultanan Melaka, penjajahan British dan juga Perjanjian Selat termasuk Tapak Kemerdekaan Tanah Melayu Moden.

    Sementara itu, Projek Porto de Melaka ini sangat unik dan kurang kepadatan dari segi komponen dengan 140 unit ‘suite’ disediakan untuk pelabur-pelabur yang ingin melabur di destinasi terhangat Malaysia yang menjanjikan pulangan yang menakjubkan.

    Warga Tinta Anggun Engineering Sdn Bhd yang akan mengendalikan projek Porto de Melaka.

    Manakala 342 unit bilik kediaman pula rancangan untuk menjadikan tempat kediaman mewah yang dihiasi dengan kelengkapan yang bermutu tinggi dan juga corak yang mampu menarik perhatian para pelabur yang mahukan kediaman yang kondusif. Dalam pada itu juga, projek ini memiliki tempat rekreasi dan ruang rehat yang eksklusif dengan kelengkapan kolam renang dan rumah kelab.

    Projek ini juga dilengkapi dengan tempat letak kereta tertutup dan lif eksklusif untuk ke lobi. Yang menarik lagi ialah projek ini juga mempunyai hotel butik yang memiliki 216 bilik bertaraf empat bintang dengan kelengkapan yang penuh dan juga kawasan dermaga yang terbuka diikuti dengan kelengkapan pengangkutan air seperti kapal persiaran dan bot penumpang.

    Sejak Melaka tersenarai dalam dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2008, industri pelancongan menikmati peningkatan yang memberangsangkan dengan purata 15 peratus setahun dan hotel dalam perancangan ini akan meningkatkan jumlah pelancong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda