Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porto mudah benam Chaves

    LISBON, 12 Feb – Tiquinho Soares dari Brazil menjaringkan dua gol ketika Porto melakukan perlawanan pemanasan bagi persaingan Liga Juara-Juara pada Khamis ini menentang Liverpool, dengan membenam Chaves 4-0 untuk merampas semula kedudukan teratas liga Portugal daripada pasukan Benfica.

    Pasukan kendalian Sergio Conceicao menewaskan Sporting Lisbon dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Portugal pada pertengahan minggu, apabila Soares menjaringkan gol kemenangan.

    Bekas jurulatih Nantes, Conceicao menurunkan kesebelasan kuat bagi kunjungan ke Chaves dan ia berbaloi apabila kedua-dua jaringan pada separuh masa pertama dihasilkan oleh Soares, memastikan Porto untuk menjimatkan sedikit tenaga menjelang persaingan 16 pasukan terakhir, pertemuan pertama bersama Liverpool.

    “Kami beraksi dengan baik berbanding biasa dan saya merasa gembira dengan aksi semua pemain,” kata bekas pemain sayap Portugal, Conceicao.

    Penyerang Porto, Soares bertembung dengan penjaga gol Chaves, Antonio Filipe dalam aksi berat sebelah di Chaves. – AFP

    “Kami perlu meneruskan mencapai tujuan, iaitu liga. Kami memberikan keutamaan kepada liga dan ia adalah tumpuan utama kami.”

    Soares jarang diturunkan bagi persaingan liga dengan Vincent Aboubakar direhatkan, menyaksikan gol keduanya adalah voli menarik.

    Moussa Marega menjaringkan gol ke-16 liga peribadinya musim ini selepas separuh masa pertama untuk memastikan kutipan mata, walaupun pemain antarabangsa Mali itu masih memburu jaringan pertamanya dalam persaingan Liga Juara-Juara.

    Sergio Oliveira melengkapkan jaringan lewat, ketika Porto melebarkan dua mata di depan Benfica dengan berbaki satu perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda