COIMBRA, 2 OGOS – Pemain kebangsaan Republik Demokratik Congo, Chancel Mbemba berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu FC Porto menewaskan musuh ketat mereka, Benfica 2-1 kelmarin, sekali gus merangkul Piala Portugal buat kali ke-17.
Pemain pertahanan berusia 25 tahun, Mbemba menjaringkan dua gol pada babak kedua dalam perlawanan yang diadakan di Coimbra.
Dengan kemenangan tersebut telah memberikan Porto melengkapi piala kedua mereka buat musim ini selepas mengharungi perlawanan yang sukar.
Pemain sayap mereka yang berasal dari Colombia, Luis Dais telah diarah meninggalkan padang pada mini ke-38 dengan jurulatih, Sergio Conceicao turut dilayangkan kad merah lima minit kemudian.
Mbemba menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma dua minit selepas babak kedua bersambung dan sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-59 perlawanan.
Benfica cuba merapatkan kedudukan dan berhasil menjaringkan gol pada minit ke-84 menerusi sepakan penalti yang diambil oleh pemain Brazil, Carlos Vinivius.
Nasib pemain Benfica, Jota untuk menyamakan kedudukan lebur selepas percubaannya terkena tiang pada akhir minit perlawanan.
Kali terakhir Porto memenangi dua piala adalah pada tahun 2011.
Perlawanan final domestik pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 24 Mei tetapi ditunda akibat krisis koronavirus.
Tempat perlawanan turut dipindahkan dari Lisbon ke Coimbra dan dilangsungkan tanpa kehadiran peminat selepas Eropah teruk terjejas akibat pandemik.
Porto dan Benfica masing-masing menamatkan kedudukan di tempat pertama dan kedua dalam liga Portugal dan merupakan antara dua pasukan terbaik liga, dengan pasukan yang berpangkalan di Lisbon kekurangan hanya dua kemenangan berbanding dengan musuh terdekat mereka. – AFP
