PETALING JAYA, 1 Dis – PortsWorld, syarikat perundingan dan penyelidikan logistik utama Malaysia, memulakan inisiatif untuk menyediakan program Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam industri logistik dan maritim melalui kerjasama dengan University of Northampton, United Kingdom.
Pengarah Urusan PortsWorld G.Durairaj berkata pekerja berkelayakan marin seperti kapten kapal, ketua jurutera dan pemegang pensijilan kecekapan (COC), kini boleh mengikuti kursus khusus yang ditawarkan oleh universiti, secara eksklusif di Malaysia oleh PortsWorld.
Beliau berkata kursus itu kini boleh didapati di pusat pembelajaran PortsWorld di Klang dan Kuala Lumpur.
“Kursus berkenaan bagi membantu memenuhi permintaan bagi modal insan yang mengkhusus dalam industri logistik dan maritim Malaysia.
“Terdapat jurang yang luas dalam penawaran tenaga manusia berkelayakan dan profesional dalam industri maritim dan logistik yang pesat berkembang dan adalah diharapkan MBA antarabangsa kami akan membantu menyumbang dalam cara tersendiri bagi memenuhi graduan dengan permintaan sumber manusia dalam industri iindustri,” katanya kepada Bernama.
PortsWorld membangunkan program tiga modul yang akan menyediakan laluan untuk MBA yang memudahkan pemegang COC 1 dan seterusnya serta graduan dengan pengalaman kerja. – Bernama