LISBON, 5 OGOS – Portugal semakin pantas menjadi pemain utama dalam saling hubungan data global, berikutan daripada infrastruktur rangkaian kabel dasar laut sepanjang 100 kilometer yang unik, titik Internet Exchange dan pusat data, menurut laporan berita tempatan kelmarin.
Portugis News memetik kajian baru-baru ini yang disokong oleh DE-CIX, pengendali Internet Exchange (IX) terkemuka di dunia, mengatakan bahawa Portugal terutamanya melalui pelaburan di Sines, telah meletakkan dirinya sebagai alternatif yang berdaya maju kepada hab saling hubungan Eropah tradisional seperti Frankfurt, London, Amsterdam, Paris dan Stockholm (FLAPS).
Lisbon menyerlah kerana sambungan kabel dasar lautnya merentasi Atlantik ke Amerika Selatan dan tidak lama lagi ke Pantai Timur Amerika Syarikat, membezakannya daripada bandar seperti London dan Frankfurt,menurut kajian itu.
Kajian itu juga menyatakan bahawa harga sambungan transit IP di Portugal telah menurun menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran Eropah, manakala ekosistem kabel dasar selam dan daratan yang berkembang pesat ditambah dengan pelaburan yang besar dalam pusat data, telah meletakkan Portugal sebagai penyambung utama antara pelbagai wilayah global dan juga Eropah.
Sehingga awal 2024, Portugal mempunyai 33 pusat data, dengan 20 daripadanya terletak berhampiran Lisbon.
Portugese News juga melaporkan persidangan Atlantic Convergence dijangka diadakan di Lisbon pada 1 hingga 3 Oktober yang akan dianjurkan oleh DE-CIX dengan kerjasama Atlas Edge, EllaLink, dan Interfiber Networks. – Xinhua