Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Portugal benam Switzerland

    ANKARA, 7 DIS – Portugal menumpaskan Switzerland 6-1 semalam untuk mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor agensi Anadolu.

    Buat kali pertama sejak 2008 menyaksikan Cristiano Ronaldo memulakan perlawanan utama di bangku simpanan. Goncalo Ramos meletakan Portugal di hadapan menerusi jaringan menakjubkan pada minit ke-17.

    Pada minit ke-33, pemain pertahanan veteran Portugal, Pepe menjadikan kedudukan 2-0 apabila tandukan pemain ini menewaskan penjaga gawang Switzerland, Yann Sommer. Portugal terus agresif mengasak pada separuh masa kedua yang menyaksikan sekali lagi Ramos menjaringkan gol pada minit ke-51. – Bernama

    Reaksi pemain Portugal, Goncalo Ramos selepas melengkapkan hatriknya yang pertama di Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda