Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Portugal perlukan kemenangan

    BRAGA, PORTUGAL, 27 SEPT – Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata pasukannya tidak berpuas hati dengan undian yang mereka perlolehi untuk mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara apabila mereka melayan kunjungan Sepanyol di Braga pada Selasa.

    Portugal, yang memenangi edisi sulung kejohanan pada 2019, menduduki tempat teratas Kumpulan A2 pada Sabtu dengan kemenangan 4-0 ke atas Republik Czech ketika Sepanyol tewas di tempat sendiri kepada Switzerland.

    Pasukan Santos kini mendahului dua mata di atas Sepanyol menjelang perlawanan terakhir kumpulan.

    “Kami hanya perlu fokus untuk menang dan mara ke empat terakhir,” katanya.

    “Saya mahu pemain berdepan Sepanyol dengan kualiti yang mereka ada, kerana mereka mampu bersaing di semua perlawanan. Lakukan itu dan kami akan sentiasa lebih dekat untuk mencapai tempat yang kami mahu tuju.”

    Bek kanan Manchester United, Diogo Dalot menjaringkan dua gol menentang Czech ketika Portugal bangkit daripada kekalahan di Switzerland pada Jun.

    Santos mempunyai skuad yang cergas untuk dipilih, dengan penyerang Atletico Madrid Joao Felix telah kembali menjalani latihan selepas terlepas perlawanan hujung minggu lalu.

    Bek tengah veteran Pepe adalah satu-satunya pemain asal dalam skuad awal Portugal namun terlepas dalam perlawanan pada Selasa akibat kecederaan. – AFP

    Aksi Diogo Jota semasa perlawanan bola sepak Liga Negara-Negara antara Republik Czech dan Portugal di stadium Sinobo di Prague, Republik Czech, 24 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...