Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Portugal usir 18,000 pendatang haram

    LISBON, 4 MEI – Kerajaan Portugal kelmarin telah mengumumkan ranca-ngan untuk mengusir kira-kira 18,000 warga asing yang tinggal di negara itu tanpa permit atau kebenaran sah, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

    ‘Minister of the Presidency’ Antonio Leitao Amaro berkata kerajaan akan mengeluarkan sekitar 18,000 pemberitahuan kepada pendatang tanpa izin untuk meninggalkan negara itu.

    Menurut Amaro, pihak berkuasa akan memulakan langkah itu minggu depan dengan meminta kira-kira 4,500 warga asing supaya keluar secara sukarela dalam tempoh 20 hari.

    Pengumuman itu dibuat menjelang pilihan raya umum awal negara berkenaan. – Bernama

    Antonio Leitao Amaro, DI Carcavelos, pada 30 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda