Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Porzingis terlepas aksi Olimpik Paris

    LOS ANGELES, 26 JUN – Bintang Boston Celtics, Kristaps Porzingis akan terlepas Sukan Olimpik bulan depan selepas memilih untuk menjalani pembedahan akibat kecederaan kaki, demikian seperti yang diumumkan oleh pasukan NBA kelmarin.

    Penyerang berkuasa dari Latvia itu mengalami kecederaan kaki yang ‘jarang berlaku’ dalam perlawanan kedua NBA Finals awal bulan ini dan akan menjalani pembedahan untuk memperbaiki masalah tersebut.

    “Kecederaan ini tidak membenarkan permainan yang konsisten pada tahap yang diperlukan untuk pertandingan Olimpik. Pembedahan akan dijalankan dalam beberapa hari akan datang, dan kemas kini lanjut akan diberikan apabila tersedia,” kata Celtics.

    Porzingis terpaksa direhatkan selama 38 hari selepas mengalami kecederaan betis kanan pada bulan April, sebelum kembali beraksi sebagai pemain simpanan dalam perlawanan pertama NBA Finals untuk Celtics.

    Beliau turut bermain dalam permainan kedua tetapi mengalami ‘retinakulum medial yang terkoyak yang menyebabkan tendon tibialis posterior di kaki kirinya terkehel’.

    Kecederaan itu menyebabkan beliau tidak dapat bermain dalam perlawanan ketiga dan keempat, walaupun beliau kembali dari bangku simpanan untuk bermain selama 16 minit dalam perlawanan kelima ketika Celtics menjuarai siri dengan kemenangan 4-1. – AFP

    Aksi Porzingis semasa permainan kelima NBA Finals pada 17 Jun di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...