Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pos hanya seminggu sekali di Norway

    OSLO, 7 NOV – Penduduk Norway yang terkenal sebagai antara pengguna paling pantas menerima pakai penyelesaian dalam talian dan digital, bakal menerima penghantaran surat hanya sekali seminggu sekiranya cadangan kerajaan diluluskan.

    Menteri Pengangkutan dan Komunikasi, Jon-Ivar Nygard, hari ini mencadangkan pengurangan kekerapan penghantaran pos daripada dua hari sekali kepada sekali seminggu.

    Sekiranya Parlimen meluluskan cadangan tersebut, penghantaran surat akan dibuat sekali seminggu, manakala akhbar pula sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

    Bagaimanapun, penerima masih boleh membuat permintaan jika mahu penghantaran dilakukan dengan lebih kerap.

    Menurut kerajaan daripada Parti Buruh, langkah itu dijangka menjimatkan lebih satu bilion kroner (hampir AS$100 juta) setiap tahun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda