DUNIA hiburan Hollywood kini hangat dengan kisah pertunangan mengejut Justin Bieber dan Hailey Baldwin.
Ironinya, nama Selena Gomez turut terpalit dalam gosip pertunangan itu memandangkan Bieber merupakan bekas kekasihnya.
Bagaimanapun Gomez nampaknya tidak menghiraukan berita pertunangan tersebut.
Ini kerana, menurut laporan E! News, ketika Bieber dan Baldwin dikhabarkan bertunang di Bahamas, Pulau Caribbean, 7 Julai lalu, pada hari yang sama Gomez dikatakan menikmati percutian di atas kapal menuju ke bandar New York, bersama teman-temannya.
“Dia (Selena) benar-benar tidak peduli ketika Bieber dan Baldwin mempamerkan hubungan mereka kepada umum, ujar satu sumber seperti yang dilaporkan E! News.
