Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Postecoglou angkat kaki

    LONDON, 12 OKT – Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou mengakui bahawa dia telah ‘meninggalkan’ perjuangan untuk mengubah bola sepak Australia, sambil merakamkan kekecewaannya yang mendalam dalam usahanya untuk meningkatkan profil sukan itu di negara asalnya.

    Bekas jurulatih pasukan lelaki Australia itu, yang telah membawa Spurs ke puncak carta Liga Perdana sejak mengambil alih pada Julai, berasa pesimis tentang status bola sepak di negara itu walaupun baru-baru ini menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita, di mana pasukan The Matildas menduduki tempat keempat.

    Postecoglou berkata kemenangan Piala Asia yang diterajuinya di tanah air pada 2015 ‘tidak memberi kesan di sana dan itu adalah kekecewaan saya’.

    “Apabila awda melihat pencapaian The Matildas di Piala Dunia, luar biasa, tetapi awda masih tidak akan melihat aliran masuk sumber untuk bola sepak. Awda tidak akan menyaksikannya.

    “Saya jamin,” tambahnya menjelang perlawanan persahabatan Australia menentang England di Wembley esok.

    Postecoglou berkata adalah sukar bagi bola sepak untuk bersaing dengan sukan yang sudah terkenal di negara itu seperti bola sepak Australia, liga ragbi dan kesatuan ragbi.

    Postecoglou melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih The Socceroos selepas membantu mereka layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, mengambil peranan di Jepun bersama Yokohama F Marinos.

    “Saya meninggalkan Piala Dunia,” katanya. “Kami layak dan saya berundur. Punca saya berundur adalah kerana saya tidak menikmati apa yang saya lakukan.

    “Ia bukan hanya tentang menjalankan tugas dan memenangi perlawanan bola sepak, ia harus menjadi sesuatu yang lebih tinggi.

    “Matlamat saya yang lebih tinggi di Australia adalah untuk mengubah sukan bola sepak. Saya tidak fikir itu akan berlaku.” – AFP

    Postecoglou bertepuk tangan pada penghujung perlawanan antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di stadium Emirates di London, England pada 24 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda