Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Postecoglou telah mengubah nasib Spurs’

    LONDON, 8 JUN – Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min, berkata Ange Postecoglou yang dipecat sebagai pengurus Jumaat lalu, telah mengubah nasib kelab itu dengan merangkul trofi pertama mereka dalam tempoh 17 tahun.

    Postecoglou membimbing Tottenham semasa kemenangan 1-0 ke atas Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu untuk merangkul piala Eropah pertama kelab itu dalam tempoh 41 tahun dan memastikan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Bagaimanapun, pengurus kelahiran Australia berusia 59 tahun itu menanggung akibat dari musim domestik terburuk Tottenham sejak mereka tersingkir dari Liga Perdana pada 1976-77.

    Tottenham kalah 22 daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan menduduki tempat ke-17 dalam carta liga, di atas tiga pasukan yang tersingkir Leicester, Ipswich dan Southampton.

    Son, bagaimanapun, dalam satu penghormatan di Instagram berkata Postecoglou telah mengubah nasib kelab itu.

    “Dia percaya pada diri sendiri, dan kami, sejak hari pertama tidak pernah goyah walau sesaat pun.

    “Dia tahu kemampuan kami selama ini. Dia melakukannya dengan caranya sendiri. Dan cara dia membawa kelab ini pada malam itu adalah yang terindah dalam beberapa dekad. Kami akan mempunyai kenangan itu seumur hidup,” tambahnya.

    Son, yang telah melihat lima pengurus dipecat dalam tempoh enam tahun lalu oleh pengerusi, Daniel Levy, berkata dia telah menjalin hubungan rapat dengan Postecoglou sepanjang tempoh dua tahunnya. – AFP

    Postecoglou bercakap semasa sidang media selepas perlawanan bola sepak di Stadium Aspmyra, Bodo, Norway, 8 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda