Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Postecoglou tidak terkejut diejek penyokong

    NOTTINGHAM, 3 OKT – Pengurus Nottingham Forest, Ange Postecoglou mengakui tidak terkejut apabila penyokong mendesaknya untuk dipecat selepas kekalahan 2-3 kepada Midtjylland dalam saingan Liga Europa, namun jurulatih dari Australia itu menegaskan fokusnya adalah untuk mencari kemenangan serta memperbaiki pasukan.

    Postecoglou berdepan permulaan sukar di kelab Midlands itu sejak menggantikan Nuno Espirito Santo bulan lalu, sekali gus menjadi pengurus tetap pertama Forest dalam tempoh 100 tahun yang gagal meraih kemenangan dalam enam perlawanan pertama.

    Bekas pengurus Tottenham Hotspur berusia 60 tahun itu menerima ejekan ‘Anda akan dipecat pagi esok’ daripada penyokong Forest yang kecewa selepas kekalahan di tangan kelab Denmark di City Ground dan Postecoglou memahami kekecewaan mereka.

    “Mereka berhak untuk ada pendapat sendiri. Saya dengar pandangan mereka,” kata Postecoglou kepada wartawan. – Reuters

    Pengurus Nottingham Forest, Ange Postecoglou dan pemainnya selepas tewas di tangan FC Midtjylland pada aksi Liga Europa di City Ground, Nottingham. – Reuters
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda