Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poster pertama Peninsula sequal Train To Busan diumumkan

    Poster pertama telah diumumkan untuk filem Peninsula, lanjutan filem yang di nantikan dari Train To Busan!

    Filem aksi blokbuster tersebut menceritakan mengenai mangsa yang terselamat di Korea empat tahun setelah kejadian Train To Busan. Pengarah bersama, Yeon Sang Ho, memberitahu filem Peninsula akan dibintang oleh Kang Dong Won, Lee Jung hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re dan Lee Ye Won.

    Dua poster terbaharu tersebut menunjukkan karakter dalam situasi tidak menentu. Poster pertama menunjukkan seseorang sedang berjalan di waktu malam melalui sebuah pelabuhan kapal yang ditinggalkan, dan dikelilingi oleh zombi di setiap arah.

    Poster kedua menunjukkan matahari yang baru terbit dan melihatkan sekumpulan zombi sedang mengejar, manakala Jung Suk (Kang Dong Won) dan Min Jung (Lee Jung Hyun) sedang menanti mereka dari belakang kenderaan yang ditinggalkan.

    Peninsula bakal ditayangkan pada musim panas ini. – Agensi

    Poster terbaru Peninsula telah diumumkan dan bakal ditayangkan pada musim panas ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda