ISMAILA, 26 JUN – Penyerang veteran Benin, Mickael Pote menemui jaringan selepas 104 saat dan sekali lagi pada babak kedua ketika Ghana bersama 10 pemainnya diikat 2-2 pada perlawanan menarik Piala Negara Afrika, semalam.
Di antara gol Pote, pemain adik-beradik Andre dan Jordan Ayew meledak gol pada babak pertama buat Ghana, yang menyaksikan pertahanan John Boye dilayangkan kad merah selepas rehat di bandar raya Mesir, Ismailia.
Aksi terakhir daripada 12 aksi pertama kejohanan dwitahunan itu paling menghiburkan dengan Mesir menjadi hos selepas tuan rumah asal Cameroon gagal melakukan persiapan tepat pada masanya. – AFP