Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Potensi permaidani Afghan tembusi pasaran luar

    SHIBERGHAN – Duduk di kedai permaidaninya dan menunggu pelanggan, pengusaha Hajji Sakhi dengan gembira berkata, China boleh menjadi pasaran yang menguntungkan bagi permaidani buatan Afghanistan jika lebih banyak pengusaha dapat mengeksport produk tenunan tangan yang berharga ke negara jiran tersebut.

    “Saya mendengar China menunjukkan minat untuk meningkatkan hubungan perdagangan dengan Afghanistan dan itu merupakan keinginan kami agar produk kami dapat dipamerkan di pameran yang diadakan di China dan kami dapat mempamerkan produk baharu,” kata Sakhi dari Wilayah Jawzjan di utara Afghanistan.

    Permaidani buatan Afghanistan telah dipamerkan dalam beberapa sesi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dalam beberapa tahun terakhir untuk menarik pelanggan.

    Walau bagaimanapun, para peniaga Afghanistan mahu China menjemput lebih banyak usahawan Afghanistan untuk mempamerkan lebih banyak produk di pameran antarabangsa tersebut.

    “Minat China untuk mengimport permaidani dari Afghanistan merupakan pertanda baik untuk meningkatkan hubungan dan saya berharap China dapat memudahkan cara untuk meningkatkan eksport kita,” kata Hajji Abdul Sattar, seorang pengusaha lain dan ketua Persatuan Pengeluar Permaidani Jawzjan, kepada Xinhua baru-baru ini.

    Kegigihan pengusaha karpet yang dianggap sebagai produk yang berpotensi tinggi untuk di pasarkan bukan sahaja di dalam bahkan juga ke luar negara. – Xinhua
    Antara alat atau perkakas yang signifkan dalam perusahaan pembuatan permaidani. –Xinhua
    Gambar Xinhua
    Gambar Xinhua
    Gambar Xinhua
    Gambar Xinhua

    Sattar juga mencadangkan bahawa eksport karpet ke China akan meningkat jika pejabat kastam Afghanistan dan China meringankan cukai.

    “China merupakan negara besar dan penyediaan kemudahan seperti lorong udara dan darat akan membantu meningkatkan eksport,” kata Sattar.

    “Kami berharap pedagang China dapat datang ke Afghanistan, melawat syarikat-syarikat pengeluar karpet, membuat pesanan mereka, menjemput pedagang Afghanistan ke pameran dan menyediakan kemudahan untuk mengukuhkan eksport,” pengusaha berusia itu memberi cadangan.

    Mengulangi pandangan serupa, penenun karpet Mohammad Azhar dalam wawancara dengan Xinhua menyatakan rasa terima kasih kepada China kerana menunjukkan karpet Afghanistan di pameran berkata, “Kami berterima kasih kepada China kerana menempatkan karpet kami di pameran antarabangsa dan kami berharap dapat melihat karpet kami di mana-mana pameran”.

    “Kami telah mengeksport sekurang-kurangnya 10,000 meter persegi karpet dan permaidani sepanjang tahun ini dan sebahagian besar telah dieksport ke China dan eksport karpet ke China telah meningkat,” penjual karpet dan wakil kepada sebuah syarikat pengeksportan karpet, Sayed Suliman memberitahu Xinhua.

    Zia Rasouli, seorang jurulatih wanita di sebuah pusat penenunan karpet, juga menyokong pameran karpet Afghanistan di CIIE keenam yang baharu sahaja berakhir di Shanghai sebagai peluang untuk memperkenalkan karpet Afghanistan kepada pelanggan dari seluruh dunia.

    “Ini merupakan peluang yang sangat baik bagi kami untuk memperkenalkan karpet kami di pameran dan mengeksportnya ke negara-negara lain, yang baik untuk ekonomi negara kami serta ekonomi rakyat kami,” kata Rasouli.

    Memberikan latihan kepada 50 orang di pusat latihan karpet, dia berkata, “Kami boleh membuka lebih banyak pusat penenunan karpet jika kami menerima sokongan dari mana-mana institusi kerana wanita lebih aktif dan suka bekerja”. – Xinhua

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Inovasi EV masa depan

    Oleh James Kon -  Bukan setiap hari awda berpeluang memandu...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...