LOS ANGELES, 30 SEPT – Menurut NBA kelmarin, pemain yang tidak akur dengan arahan untuk mengambil vaksin COVID-19 akan dipotong gaji untuk perlawanan yang tidak disertai mereka.
Polisi ini hanya dikenakan kepada pasukan yang terletak di San Francisco dan New York – di mana peraturan tempatan mengehendaki vaksin lengkap untuk acara di dalam bangunan – mesti divaksin atau berisiko dipotong separuh daripada gaji mereka.
“Pemain yang enggan menurut peraturan vaksin tempatan mandatori tidak akan dibayar untuk perlawanan yang mereka terlepas,” kata jurucakap NBA, Mike Bass dalam kenyataannya kepada pemberita.
Kira-kira 90 peratus daripada pemain NBA sudah menerima suntikan vaksin, tetapi ada yang masih berdegil enggan divaksin.
Antara golongan minoriti tersebut termasuklah pemain bintang Brooklyn Nets, Kyrie Irving, yang enggan memberikan status vaksinasinya.

Irving merupakan kunci utama dalam pelan pasukan Nets untuk musim akan datang, tetapi berdasarkan keadaan, dia tidak akan dapat bermain melainkan dia menerima suntikan vaksin.
Peraturan COVID-19 tempatan di San Francisco juga bermaksud pasukan tersebut juga kehilangan Andrew Wiggins, seorang pemain yang juga enggan divaksin.
NBA juga telah menolak permintaan Wiggins untuk dikecualikan daripada divaksin atas sebab yang melibatkan agama, dan ia bermaksud dia tidak dapat bermain untuk pasukannya.
“Saya akan terus mempertahankan kepercayaan saya,” kata Wiggins pada hari Isnin. “Apa yang munasabah untuk seseorang, tidak bermaksud ia sama untuk orang lain dan begitu juga sebaliknya.”
Pasukan tersebut akan menentang pasukan Los Angeles, Clippers pada 21 Oktober. – AFP