Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Potret hilang 200 tahun muncul di Rijksmuseum

    THE HAGUE, 13 DIS – Dua potret kecil oleh Rembrandt yang telah hilang selama 200 tahun dan baru-baru ini dijual pada lelongan dengan harga AS$14 juta muncul buat kali pertama hari ini di Rijksmuseum Amsterdam.

    Potret bujur setinggi 20 sentimeter itu menggambarkan seorang tukang paip warga emas bernama Jan Willemsz van der Pluym dan isterinya, Jaapgen Carels.

    Pasangan itu, dilukis dengan gaya intim untuk Rembrandt, merupakan sahabat keluarga seniman itu dan berasal dari kampung halamannya di Leiden di Belanda.

    Lukisan itu adalah potret terkecil yang diketahui oleh artis Belanda abad ke-17, yang lebih terkenal dengan karya yang lebih besar yang dipesan oleh keluarga kaya.

    Potret itu diperoleh oleh keluarga Holterman dalam acara lelongan Christie dengan harga lebih daripada £11 juta pada bulan Julai dan telah diserahkan kepada Rijksmuseum dengan pinjaman jangka panjang.

    “Rijksmuseum mempunyai koleksi lukisan Rembrandt terbesar dan paling terkenal di dunia,” kata pemilik, Henry Holterman dalam satu kenyataan. “Saya rasa karya-karya ini sepatutnya berada di dalam muzium,” tambahnya.

    Pakar dari Rijksmuseum telah menggunakan sinar-X, fotografi inframerah dan analisis sampel cat untuk membuktikan bahawa potret itu memang dilukis oleh Rembrandt. Potret itu juga mempamerkan gaya yang serupa dengan karya lain yang dilukis oleh Rembrandt pada masa itu, ‘terutamanya dalam pembinaan ciri-ciri wajah dan kerja berus yang halus’, kata muzium itu. – AFP

    Pembantu galeri memegang karya Rembrandt yang ‘ditemui semula’, The Adoration of The Kings, semasa sesi pratonton media di London pada 1 Disember. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Seorang maut, 170 bangunan rosak dalam insiden kebakaran di Jepun

    TOKYO, 19 NOV – Seorang mangsa maut dalam kebakaran...

    Mbappe, PSG berdepan saman bernilai ratusan juta euro

    PARIS, 18 NOV - Pertikaian berlarutan antara Kylian Mbappe...

    AS akan jual jet pejuang F-35 kepada Arab Saudi

    WASHINGTON, 18 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin mengumumkan...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...