PEBBLE BEACH, 12 Feb – Ted Potter memulakan pukulannya bagi dua hari berturut-turut selepas mencatatkan 69 pusingan terakhir semalam dalam kejohanan golf Peeble Beach National Pro-Am dengan kelebihan tiga pukulan semalam.
Potter kembali mendapatkan rentak dalam cuaca baik di California, setelah bangkit daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada 2014 untuk mencatatkan kejuaraan kedua dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) dan pertama dalam tempoh lima tahun.
Dia berjaya mengekalkan prestasi untuk menamatkan saingan dengan catatan 270 pukulan 17 bawah par keseluruhan dalam persaingan sengit yang turut membabitkan pemain dari Australia, Dustin Johnson, Phil Mickelson dan Jason Day.
“Menyeronokkan, saya bergelut apabila buku lali saya patah. Anda tidak tahu apa akan berlaku dengan pukulan anda dan kerjaya anda. Dapat kembali daripada keadaan itu adalah sesuatu yang menakjubkan ketika ini,” kata Potter.
Mickelson mencatatkan 67 lima di bawah par manakala Day (70), Johnson (72) dan Chez Reavie (68) untuk terikat bersama di tempat kedua dengan catatan keseluruhan 73 empat belas di bawah par.
Pemain AS, Kevin Streelman menduduki tempat keenam dengan catatan 68 manakala Scott Stallings (66) di tangga ketujuh, ketinggalan lima pukulan di belakang Potter.
Kejuaraan tunggal dimenangi Potter pada siri Jelajah PGA AS sebelum ini adalah Greenbrier Classic pada 2012. Pada 2014, buku lalinya patah setelah terlibat dalam kemalangan yang memerlukannya untuk menjalani pembedahan.
“Saya berasa semakin baik sekarang, saya meraih kejuaraan kedua dalam kerjaya selepas lima tahun,” katanya. – AFP