Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PPB bakal sertai Ekspo Pengajian Tinggi 2024

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Orang ramai khususnya para pelajar dan ibu bapa serta penjaga berpeluang untuk mengetahui lebih dekat mengenai Pusat Pembangunan Belia (PPB) semasa Ekspo Pengajian Tinggi 2024 yang akan diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX pada 3 dan 4 Februari depan.

    Ekspo anjuran Kementerian Pendidikan itu membolehkan orang ramai untuk mengetahui kursus-kursus dan program yang ditawarkan oleh institusi-institusi yang ikut serta dalam ekspo tersebut.

    PPB merupakan salah sebuah institusi di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang menawarkan kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan kemahiran, meningkatkan atau untuk mengasah semula kemahiran yang sedia ada bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, menjalankan perusahaan sendiri atau melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

    Sebanyak 10 buah kursus ditawarkan di bawah Program Pembangunan Belia Sesi 2024, yang mana lapan daripadanya adalah di bawah persijilan City & Guilds dan selebihnya di bawah persijilan PPB.

    Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus-kursus dan syarat kemasukan bagi mengikuti PPB semasa ekspo berkenaan. Sesi pendaftaran PPB sesi 2024 juga akan dibukakan dan orang ramai bolehlah membawa bersama salinan sijil persekolahan, salinan surat beranak, salinan kad pintar dan gambar berukuran pasport untuk mendaftar terus semasa ekspo tersebut.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...