Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPB hidupkan Malam Nisfu Syaaban

    Oleh Lenna N.B.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Bersempena dengan Malam Nisfu Syaaban, Pusat Pembangunan Belia (PPB) mengadakan Majlis Membaca Yasin di Surau PPB, Jalan Tanah Jambu, baru-baru ini, yang diselajurkan dengan Doa Kesyukuran bersempena dengan 25 tahun penubuhan Program Pembangunan Belia.

    Kira-kira 100 orang warga PPB termasuk para pelatih, pegawai dan kakitangan PPB hadir ke acara tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ketua PPB, Awang Saiful Rizal bin Haji Ariffin.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali dan Doa Kesyukuran oleh Imam PPB, Asep Suratman sebelum diakhiri dengan solat Fardu Isyak berjemaah.

    Awang Saiful Rizal hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan.
    Awang Saiful Rizal hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan.

    Setelah mencapai 25 tahun penu-buhannya, latihan kemahiran PPB diharap akan dapat membentuk belia yang lebih mandiri, berkeyakinan dan bersedia mencoret masa depan mereka yang lebih cerah.

    Seluruh warga PPB hingga ke hari ini, menunjukkan rasa bersyukur terhadap perkembangan PPB sepanjang penubuhannya dalam membangun keupayaan belia-belia tanah air

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda