Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (PPBNBD) turut serta dalam perarakan dan perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, kelmarin di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di ibu negara.
Pasukan PPBNBD diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan, Haji Hamidon bin Haji Md. Zain, bersama ahli-ahli pengadil bola sepak negara.
Penyertaan tersebut mencerminkan semangat warga persatuan untuk menyemarakkan serta membesarkan lagi sambutan Maulidur Rasul, di samping menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Ahli-ahli persatuan turut mendoakan agar seluruh umat Islam termasuk di negara ini tergolong dalam kalangan yang memperoleh syafaat Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.



