Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan menjalankan latihan pada 30 Mei dan 8 Jun dari pukul 7:30 malam hingga pukul 6 pagi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, PPDB memaklumkan bahawa latihan bermula dari Jalan Pelumpong, Muara (BP Muara), Lebuh raya Jalan Muara, Lebuh raya Muara-Tutong, Lebuh raya Rimba, Lebuh raya Jalan Rakyat Jati Rimba, Jalan Tungku serta berakhir di Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong.
Sehubungan itu, PPDB mengingatkan orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan itu dijalankan.


