Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan bersepadu bersama agensi-agensi keselamatan esok hingga 4 Januari ini bermula pukul 10 malam hingga pukul 4 pagi di ibu negara.
Menurut PPDB, latihan bermula dari kawasan Istana Darul Hana melalui Jalan Tumasek menuju ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Sehubungan itu, pihak polis memaklumkan orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan di mana bahan letupan akan digunakan, bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan dijalankan.
