Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    PPDB adakan sekatan jalan raya di Temburong

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 2 JAN – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) baru-baru ini mengadakan sekatan jalan raya di kawasan persimpangan Jalan Kubur Semamang, Temburong.

    Operasi bermula jam 10 malam itu melibatkan seramai 10 anggota polis diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalu lintas Daerah Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Hajah Nur Azhani binti Haji Johaiani.

    Operasi bagaimanapun tidak menemui sebarang kesalahan akta lalu lintas jalan raya atau akta jenayah. Menurut kenyataan dari PPDB, operasi adalah bagi memastikan keselamatan orang ramai terutamanya penduduk di Daerah Temburong sentiasa terjamin dengan menampilkan keberadaan polis bagi menangani pelanggaran undang-undang.

    Anggota polis memeriksa sebuah kenderaan. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...