Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    PPDB anjur aktiviti keagamaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-101, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan warga kakitangan awam PPDB.

    Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan semasa menyertai majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...