Monday, May 5, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDB banteras kegiatan perjudian sabung ayam

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 5 MEI – Sebanyak 12 ekor ayam, tujuh buah kotak penyimpanan ayam, satu bakul timbangan jenama Camry, serta wang tunai berjumlah $255 milik suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian berjaya dirampas dalam satu operasi serbuan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) baru-baru ini.

    Menurut kenyataan PPDB, operasi terhadap kegiatan perjudian sabung ayam di kawasan tanah lapang milik kerajaan dalam hutan Jalan Nong Janang, Kampung Bukit Udal, Tutong, itu merupakan hasil maklumat dari orang awam dan bantuan risikan daripada Unit Perisikan Jenayah (UPJ), telah berjaya menahan dua orang lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

    Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tutong untuk siasatan lanjut. Kedua-dua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah-rumah Perjudian Terbuka, Penggal 28.

    PPDB turut menegaskan akan terus giat menjalankan pemantauan dan risikan bagi membanteras segala bentuk kegiatan menyalahi undang-undang di negara ini.

    Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah melalui Talian Kecemasan Polis 993 atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

    Kawasan tanah lapang yang digunakan untuk kegiatan tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB
    Seekor ayam yang digunakan bagi kegiatan perjudian itu.
    Kotak penyimpanan ayam yang dirampas semasa operasi berkenaan.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda