Friday, September 27, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDB hayati kepimpinan daripada ceramah Maulud

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam, PPDB telah mengadakan Majlis Ceramah Maulidur Rasul SAW yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, menyatakan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Tumbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Amat Mulia (SAC) Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Anak Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, keanggotaan dan kakitangan awam PPDB.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar.

    Seterusnya ceramah bertajuk Kepimpinan Rasul SAW telah disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Muhammad Nasyith bin Superi di mana antara inti pati ceramah telah mengungkap dan mengimbas kembali akhlak serta sifat Nabi Muhammad SAW yang penyabar dan pemaaf kepada umatnya mahupun kepada orang-orang yang bukan golongan pengikutnya. Iktibar daripada peristiwa Peperangan Uhud iaitu kepentingan mentaati arahan pemimpin demi kejayaan turut disampaikan dalam ceramah berkenaan.

     Dato Paduka Haji Mohammad Irwan menghadiri majlis ceramah berkenaan.
    Suasana semasa ceramah berkenaan.
    Ustaz Muhammad Nasyith semasa menyampaikan ceramah berkenaan.
    Antara anggota yang menghadiri ceramah.- GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda