Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), malam tadi, tidak ketinggalan menghidupkan Malam Nisfu Syaaban bagi tahun 1442 Hijrah dengan majlis sambutan yang berlangsung di Surau Sementara, Dewan Persidangan PPDB, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali berserta Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid.
Turut hadir ialah para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai, anggota dan kakitangan awam PPDB.
Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin tiga kali yang dipimpin oleh imam surau, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar serta diikuti dengan bacaan doa khusus sempena malam Nisfu Syaaban bagi memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadanya, memohon untuk dijauhkan daripada segala bala bencana serta dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-4-1Polis_30032021.jpg)