Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDB jalani Latihan Mara Lasak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan bahawa Latihan Mara Lasak akan diadakan pada 21 hingga 22 Jun ini dari jam 7:30 malam hingga 5 pagi.

    Menurut kenyataan PPDB, antara kawasan yang terlibat ialah bermula dari Dewan Serbaguna Polis Kawalan Diraja, Beribi, melalui Jalan Pengiran Babu Raja, Gadong Estate, Lebuh raya Tungku, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Rimba, Tungku-Jerudong, Simpang 124 Jerudong-Tungku, Jerudong, Jalan Tutong (Sengkurong – Tanjung Bunut – Kilanas), Jalan Dadap, Jalan Telanai, Jalan Permaisuara, Jalan Pengiran Babu Raja dan berakhir di Dewan Serbaguna Polis Kawalan Diraja, Beribi.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan dan melalui jalan tersebut dinasihatkan supaya tidak merasa cemas semasa latihan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda