Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Bagi memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui kelolaan Badan Ugama Islam (BUI) PPDB hari ini mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1443H/2022M bertempat di Surau Polis Gadong, PPDB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pesuruhjaya PPDB, Awang Sulaiman bin Alidin.
Turut hadir ialah para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai serta kakitangan dan anggota PPDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Zohor berjemaah dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Mencari Malam Lailatul Qadar’ yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat Dua, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, selaku penceramah undangan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan bacaan Doa Selamat oleh imam Surau Polis Gadong, PPDB.
