Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDB sahkan ancaman bom palsu

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BELAIT, 18 FEB – Berita tular mengenai ancaman bom yang dihantar melalui e-mel kepada seorang kakitangan di sebuah sekolah di Panaga, Belait adalah palsu.

    Perkara tersebut disahkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) setelah siasatan dan pemeriksaan terperinci dijalankan bahawa tiada bahan letupan dijumpai di premis berkenaan.

    Siasatan lanjut masih diteruskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan bantuan Cyber Security Brunei (CSB) dan Interpol bagi mengesan penghantar e-mel tersebut.

    PPDB ingin memaklumkan kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.

    Pihak PPDB juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah.

    Selain itu, PPDB akan terus mengambil langkah-langkah keselamatan berterusan bagi menjamin keselamatan orang ramai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda