Oleh Faridah Haji Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Lebih 30 orang terdiri daripada ahli Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah telah menyertai Program Riadah Berbasikal Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara (PPDBM).
Aktiviti riadah berbasikal bermula dan berakhir di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah dilepaskan oleh Naib Yang Di-Pertua PPNBD, Pengiran Abdul Wahab bin Pengiran Hassan.
Ia adalah kali pertama aktiviti riadah berbasikal yang disertai PPDBM dengan menempuh jarak perjalanan sejauh 15 kilometre.
Menurut Pesuruhjaya PPD-BM, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi, objektif riadah berbasikal berkenaan adalah untuk meningkatkan kesihatan ahli-ahlinya dengan melakukan riadah berbasikal dan pada masa yang sama mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PPDBM.
