Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPM tahan dua lelaki seludup produk kosmetik di Semporna

    SEMPORNA, 3 JUN – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua lelaki warga Filipina menyeludup masuk barangan kosmetik bernilai lebih RM150,000 selepas menahan sebuah bot di perairan utara Pulau Mataking di sini semalam.

    Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek masing-masing berumur 49 dan 52 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan selepas bot dinaiki mereka terserempak dengan pasukan rondaan pada 12:20 tengah malam.

    “Pemeriksaan ke atas bot menemukan 36 kotak berisi pelbagai barangan kosmetik dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran. Semua barang kosmetik itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan atau kebenaran untuk dibawa masuk ke negara ini.

    “Juragan bot juga gagal mengemukakan dokumen pemilikan, pendaftaran, resit pembelian atau sebarang bukti sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan kedua-dua suspek diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda