Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PPNBD adakan majlis penyampaian sijil

    TUTONG, 28 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada wakil-wakil peserta Persembahan Kebudayaan sempena Sambutan Hari Raya PPNBD dan ASEAN Scout Association for Regional Cooperation (ASARC) Meeting 2023 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ar Rasyid, Bangunan AMAS Lamunin, Daerah Tutong, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil kepada wakil-wakil berkenaan ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Majlis yang dianjurkan merupakan penghargaan kepada tujuh buah kumpulan badan kebudayaan yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan pada bulan April lalu.

    Antara yang menerima sijil berkenaan adalah wakil puak Tutong dari Badan Kebudayaan Pengakap, wakil puak Kedayan dari Badan Kebudayaan Kampung Lamunin, wakil puak Dusun dari Badan Kebudayaan Kampung Bukit/Long Mayan, wakil puak Dusun dari Badan Kebudayaan Kampung Ukong, wakil puak Dusun dari Badan Kebudayaan Kampung Kiudang, wakil puak Dusun dari Badan Kebudayaan Kampung Bukit Udal, dan wakil puak Dusun dari Badan Kebudayaan Kampung Batang Mitus.

    Haji Awang Badar menyampaikan sijil kepada salah seorang wakil peserta pada majlis berkenaan. – Gambar PPNBD
    Haji Awang Badar dan wakil penerima sijil bergambar ramai pada majlis berkenaan. – Gambar PPNBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...