Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PPNBD adakan majlis penyerahan bendera

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menganjurkan majlis penyerahan bendera kepada kontinjen PPNBD yang akan menyertai Jambori Pengakap Sedunia kali ke-25, Korea Selatan, baru-baru ini.

    Majlis tersebut diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 5, Bangunan PPNBD.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti dengan Persetiaan Pengakap dan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

    Acara diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pesuruhjaya Ibu Pejabat Sumber Dewasa, Haji Awang Hassan bin Haji Abdul Hamid, yang juga selaku ketua kontinjen PPNBD ke jambori tersebut.

    Majlis kemudian diikuti dengan persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan semasa jambori dunia nanti dan diikuti dengan pembentangan daripada International Service Team jambori dunia yang terdiri daripada ahli-ahli Pengakap Kelana yang akan turut sama menghadiri jambori berkenaan.

    Gambar Freepik

    Acara kemuncak majlis ialah penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada kontinjen oleh tetamu kehormat kepada ketua kontinjen.

    Seramai 28 orang peserta yang terdiri empat orang ahli Dewasa, 18 orang ahli-ahli Pengakap Muda, dan Pengakap Remaja, dibantu oleh enam orang ahli Pengakap Kelana yang akan menjadi International Service Team semasa jambori nanti.

    Jambori Pengakap Sedunia dianjurkan oleh Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia yang mana pada edisi kali ke-25 itu, Persekutuan Pengakap Korea menjadi tuan rumah perkhemahan belia terbesar di dunia yang mana acara itu diadakan setiap empat tahun.

    Dijangkakan seramai lebih 50,000 peserta yang terdiri daripada belia-belia yang berumur 12 hingga 17 tahun dan pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri dari 170 negara akan berkongsi kebudayaan negara masing-masing dan pengalaman kepengakapan semasa jambori berkenaan.

    Jambori Pengakap Sedunia tersebut akan diadakan di Saemangeum, Buangun, Jeollabuk-do, Korea Selatan dengan tema ‘Draw Your Dream’.

    Hadir pada pada majlis penyerahan ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abash dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi.

    Turut sama hadir ialah ibu bapa peserta-peserta yang akan menghadiri jambori berkenaan ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pemimpin pengakap dan ahli pengakap dewasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...