Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD adakan majlis solat Sunat Hajat khas

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) kelmarin telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Selamat yang berlangsung di Balai Ibadat PPNBD.

    Majlis berkenaan dikhususkan bagi memohon doa perlindungan, kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga selaku Penaung Agung (Patron) PPNBD agar sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, dilanjutkan usia, dikurniakan kekuatan dan taufik dalam memimpin negara serta meneruskan sokongan sebagai penaung kepada gerakan pengakap tanah air.

    Di samping itu, majlis berkenaan juga bagi memohon keberkatan untuk kejayaan kontinjen PPNBD yang akan menyertai Jambori Nusantara ke-3 di Kem Pengakap Tiku, Tawau, Sabah, bermula hari ini hingga 2 Jun.

    Sejurus menunaikan sembahyang Fardu Maghrib, majlis diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Bahagian Keagamaan, Ibu Pejabat PPNBD, Skip Haji Rosaimi bin Haji Othman.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas; Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Skip Haji Junaidi bin Haji Hussain, para pesuruhjaya daerah, penolong pesuruhjaya, pegawai adult in scouting, pengakap kelana serta warga pengakap dari pelbagai peringkat.

    Majlis tersebut menggambarkan semangat perpaduan dan ikatan spiritual yang erat dalam kalangan ahli pengakap, sebagai usaha bersama memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT untuk setiap perjuangan dan tanggungjawab yang digalas.

    ATAS & BAWAH : Antara warga PPNBD yang terlibat pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    GAMBAR SERAHAN PPNBD
    GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda