Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD adakan Mesyuarat Agung Tahunan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Bilik Persidangan, Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap Jalan Gadong, baru-baru ini.

    Hadir pada mesyuarat itu, Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas bersama ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, ahli-ahli persatuan daerah dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong berserta pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya daerah dan juga pemimpin-pemimpin pengakap.

    Mesyuarat itu membincangkan beberapa agenda utama termasuk penyemakan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2023, pembentangan laporan daripada Setiausaha Agung dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap, laporan kewangan, dan Pindaan Perlembagaan PPNBD.

    Mesyuarat tahunan itu bertujuan mengongsikan dapatan perolehan kewangan PPNBD, kegiatan-kegiatan dan acara yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023.

    Mesyuarat Agung Tahunan PPNBD turut dihadiri oleh Dato Paduka Ar Haji Idris. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda