BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) hari ini mengadakan mesyuarat agung di Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Gadong. Yang DiPertua PPNBD, Haji Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba dalam ucapan alu-aluannya sebelum mesyuarat, menyeru ahli-ahli untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan pengakap kepada ahli sedia ada dan juga orang ramai.