Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    PPNBD anjurkan upacara menaikkan bendera

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai  – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) mengadakan upacara menaikkan bendera sempena untuk menyemarakkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun di Ibu Pejabat PPNBD.

    Upacara dihadiri selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PPNBD (President), Yang Mulia Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Turut hadir sama pada majlis tersebut, ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap (Chief Commissioner), Haji Junaidi bin Haji Hussin.

    Turut sama hadir ialah ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan (Nasional Scout Council Members) Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap (Scout Commissioner), penolong-penolong pesuruhjaya pengakap (Assistant Scout Commissioner) pemimpin-pemimpin pengakap (Scout Leaders) serta ahli-ahli pengakap Pengakap Kelana (Rover Scouts).

    Upacara menaikkan bendera.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan doa ‘Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam’. Upacara menaikkan bendera disempurnakan oleh ahli-ahli Krew Pengakap Kelana Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA Rover Scouts Crew Members) dengan iringan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’

    Dengan adanya upacara-upacara menaikkan bendera berkenaan diharap akan dapat memberi kesedaran kepada ahli-ahli Pengakap agar sama-sama menaikkan bendera negara bagi memperingati dan memeriahkan hari kebesaran negara iaitu sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun.

    Gambar ramai PPNBD semasa upacara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...