Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD hos Mesyuarat ASARC ke-17

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 30 APRIL – Ketua-ketua pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya antarabangsa dan pimpinan tertinggi persekutuan pengakap dari Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, telah menghadiri Mesyuarat Persekutuan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-17 yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini di Bilik Mesyuarat Ar Rasyid, Bangunan AMAS Lamunin, Daerah Tutong.

    Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Pengerusi ASARC, Dr Somboon Bunyasri dan Setiausaha Agung ASARC, Dr Wanyada Budhtranon, daripada Persekutuan Pengakap Kebangsaan Thailand; ahli-ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas ASARC, Rajalingam Ramasamy daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Settanun Ungkulpasvich daripada  Persekutuan Pengakap Kebangsaan Thailand; Konsultan ASARC, Wendel E.Avisado yang juga selaku Pengerusi Pengakap Lelaki Majlis Bandar Davao Filipina.

    Turut hadir ialah Pengarah Serantau Pusat Sokongan Asia Pasifik di Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM), JR Pangilinan yang juga selaku Penasihat ASARC. Selain itu, negara-negara ASEAN lain yang hadir mengikuti mesyuarat berkenaan secara atas talian.

    Mesyuarat membincangkan dan mengemaskinikan beberapa perkara termasuk mengesahkan minit mesyuarat ASARC di Thailand, pada 17 September 2022.

    Sementara itu, baru-baru ini, majlis makan malam sempena mesyuarat berkenaan turut diadakan bagi meraikan kedatangan delegasi daripada pertubuhan-pertubuhan pengakap ASEAN yang hadir ke negara ini bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

    Hadir sebagai tetamu khas ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas. Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali,
    ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan dan para pesuruhjaya pengakap.

    Antara yang hadir pada majlis makan malam sempena Mesyuarat ASARC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda