Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pengakap yang ke-51 tahun, bertempat di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi Gadong.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin serta diakhiri dengan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Keagamaan, Haji Rosaimi bin Hj Rosman.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.
Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin, ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap serta ahli-ahli pengakap muda, remaja dan kelana.