Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD wakili Brunei di perhimpunan pengakap UAE

    Oleh Sim Y. H –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) akan menghadiri Perhimpunan Pengakap Antarabangsa Sharjah ke-10 yang berlangsung di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada esok hingga 16 Februari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPNBD, di sini, PPNBD diwakili oleh Pengakap Kelana daripada Pasukan Pengakap Kelana 1101, Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Muhammad Hadi Sharil bin Haji Mesi.

    Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), hari ini.

    Bendera kebangsaan berkenaan telah diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin kepada Awang Muhammad Hadi Sharil.

    Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi; Pesuruhjaya Antarabangsa, Ritchie Siabu; dan pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap serta ahli-ahli Pengakap Kelana.

    Program perhimpunan pengakap yang berprestij itu dianjurkan oleh Persatuan Pengakap UAE, melalui Misi Pengakap Sharjah, dengan kerjasama Organisasi Pengakap Arab.

    Perhimpunan itu dijangka menghimpunkan lebih 100 orang peserta dari lima wilayah pengakap dunia.

    Penyerahan bendera kebangsaan oleh Haji Junaidi kepada Awang Muhammad. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda